Suci
Sesuatu yang terpisahkan daripada kebiasaan atau hal-hal yang duniawi, atau dikhususkan kepada Allah, adalah 'suci.' Di atas semuanya, Allah adalah suci, dan kesucian-Nya diperluas kepada manusia yang dipilih-Nya supaya mereka terpisah 'daripada dunia ini' (Yoh 17:14-19) atau sehingga menjadi milik-Nya. Bagi sesetengah penutur asli bahasa Melayu yang cenderung mengaitkan perkataan kudus dengan unsur-unsur kuasa ghaib serta mungkin mengandungi asal usul daripada agama Hindu, istilah suci digunakan sebagai gantian yang tepat.