Roh Kudus, Roh Suci
Dengan Roh-Nya dan Firman-Nya Allah menciptakan langit dan bumi serta memberikan nafas kepada manusia (Kej 1:2). Roh Suci juga mengilhamkan orang tertentu, seperti para hakim, para raja, dan para nabi (Yes 11:1-3; Luk 1:35). Dalam PB, Roh Suci, Roh Yesus (Kis 16:7), atau Roh Anak Allah (Gal 4:6) kerap kali disebut. Dia ialah pelaksana kehendak Allah di bumi, disebut juga Penolong yang melanjutkan serta menerapkan penyelamatan Yesus (Yoh 14:16). Dia ialah penggerak perkhabaran Injil (Kis 1:8), dan pemberi kesaksian Allah dalam hati orang yang percaya bahawa mereka ialah anak-anak Allah (Rm 8:15-16).