Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kamus Perincian

Puasa

Menahan lapar dan dahaga untuk tujuan kerohanian. Yesus Kristus mengarahkan para pengikut-Nya supaya berpuasa tetapi tidak menjelaskan caranya. Sebagai contoh, Yesus sendiri telah berpuasa selama empat puluh hari sebelum pelayanan-Nya (Mat 4:2). Pengikut Yesus sering menerima bimbingan melalui Roh Allah semasa mereka berpuasa dan beribadat (Kis 13:2; 14:23). Puasa boleh dianggap sebagai sebahagian daripada ibadat (Luk 2:36-37). Doa dan puasa sering beriringan apabila kita betul-betul mencari Allah.