Perayaan Pentakosta
Perayaan pengucapan syukur umat Israel atas hasil penuaian gandum. Pesta ini dirayakan tujuh minggu (Pentakosta dalam bahasa Yunani bererti 'kelima puluh') selepas hari Paskah. Kerana itu, pesta ini juga dikenal dengan nama Perayaan Tujuh Minggu (Ul 16:10). Pentakosta juga dikaitkan dengan turunnya Roh Allah Yang Maha Suci (Kis 2:1-13).