Paulus (Rasul)
Rasul Yesus Kristus yang juga bernama Saul (Kis 7:58). Dia termasuk golongan mazhab Farisi dan turut menganiaya pengikut-pengikut Yesus. Dia bertaubat dan dipanggil menjadi rasul, khususnya bagi bangsa-bangsa di luar bani Israel (Kis 9; Gal 1:13-16). Dia pergi ke banyak tempat untuk memberitakan Injil dan mendirikan jemaah-jemaah baru. Paulus menulis surat-suratnya kepada jemaah untuk membimbing mereka sebagai pengikut Kristus. Beberapa surat rasul menjadi bahagian Firman Allah apabila rasul itu "digerakkan oleh Roh Kudus untuk menyampaikan kata-kata daripada Allah" (2Ptr 1:20-21).