Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Kamus Perincian

Kerajaan Allah

Pemerintahan dan kedaulatan yang telah didirikan dalam hati dan jiwa manusia, dan yang akan diserlahkan dengan sempurnanya pada Hari Akhir. Yesus Kristus menyatakan bahawa Kerajaan Allah sudah tiba kepada sesiapa yang bertaubat (Mat 4:17). Yesus Kristus juga menyatakan kepada tokoh agama Nikodemus bahawa seseorang hanya boleh memasuki Kerajaan Allah jikalau dia dilahirkan semula (Yoh 3:3-5). Apabila Yesus kembali ke syurga, Allah meletakkan Kristus sebagai pemimpin atas kerajaan-Nya (Ef 1:19-23) dan pada Hari Akhir Dia akan mengembalikan kerajaan kepada Allah (1Kor 15:24). Kerajaan Allah juga dikenali sebagai 'Kerajaan Syurga' (Mat 3:2). Lihat Kristus