Imam
Orang yang mempersembahkan korban, mengadakan doa syafaat serta memohon berkat, seperti Melkisedek, Potifera, dan Yitro (Kej 14:18; 41:45; Kel 3:1). Dalam masyarakat Israel, Allah menetapkan bahawa imam harus berasal daripada suku Lewi. Selain mempersembahkan korban, para imam Lewi bertugas mengajarkan hukum Allah kepada bani Israel dan menanyakan petunjuk Allah (Kel 28:30; Ul 31:9-13).