Allah
Istilah “Allah” telah dipergunakan oleh umat Kristian di segenap penjuru tanah air Malaysia sejak Kitab Suci dalam Bahasa Melayu mula-mula diterbitkan pada abad ke-17. Sejak kitab Injil Matius yang diterjemahkan ke bahasa Melayu pada tahun 1629 oleh Albert Corneliz Ruyl sampai Kitab Suci yang terbaru diterbit, “Alkitab Versi Borneo” (Januari 2016), kesemuanya terjemahan, menggunakan istilah “Allah”.
Istilah "Allah" adalah sama erti dengan istilah, “El” atau “Elohim” dalam bahasa Ibrani. “Allah” yang disembah umat Kristian ialah “Allah” yang disembah oleh nabi Ibrahim, Ishak, dan Yakub. “Allah” ialah Allah Yang Maha Esa, Pencipta alam semesta.
Makna ‘Allah’ dan ‘Tuhan’ berlainan. Hal ini jelas dengan hanya menyebutkan satu contoh: Dalam Yesaya 51:15: “Akulah TUHAN, Allahmu...”
Malah, sekiranya frasa Alkitabiah “Tuhan ALLAH” diterjemahkan sebagai “Tuhan Tuhan”, perkataan ganda itu akan membawa maksud ada lebih daripada satu Tuhan, iaitu satu kekufuran besar daripada segi doktrin.