Abraham
Abraham berasal dari Ur-Kasdim di Mesopotamia Selatan. Dia dipanggil Allah untuk mendiami Tanah Kanaan, kerana Allah ingin memateraikan suatu perjanjian dengannya di sana. Allah berjanji kepada Abraham bahawa seluruh dunia akan diberkati menerusinya. Allah telah menguji iman Abraham dengan memerintahkannya mengorbankan anaknya (Kej 22:1-19). Abraham menjadi leluhur bangsa Israel melalui anaknya, Ishak, dan bangsa Arab melalui anaknya, Ismael. Allah memberinya nama Abraham (ertinya "bapa banyak bangsa" lihat Kej 17:5) sebagai ganti nama Abram (ertinya "bapa yang ditinggikan"). Dia diakui sebagai bapa "semua orang yang percaya" (Rm 4:11).