Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

AVB Edisi Katolik

Mon 05 Feb 2024 || 17:11:PM

Oleh admin@borneosabda.org

 

AVB Edisi Katolik dilancarkan pada 8hb Januari 2024, dengan rasa penuh syukur dan pujian kepada Ilahi.

https://youtube.com/clip/Ugkxj02RJJ2-A3ToVZGy8vdD_sLk5hVA58Uk?si=IsAwAwRSx5G9vKCh

AVB Edisi Katolik merupakan satu anugerah hasil usaha dua pasukan tenaga kerja, iaitu pasukan tenaga kerja Katolik dan pasukan AVB, yang telah berusaha sedaya upaya bak kata pepatah, “Genggam bara api biar sampai jadi arang”.

Launch by Bishop of Miri

Apa itu AVB Edisi Katolik?

Alkitab AVB menurut hukum kanun Kristian Protestan hanya mengandungi 66 buah kitab, manakala teks Alkitab Katolik mempunyai 7 kitab tambahan, iaitu kitab Tobit, Yudit, Kebijaksanaan Salomo, Sirakh, Barukh, 1 Makabe and 2 Makabe, bersama-sama tambahan- tambahan kepada Ester dan Daniel. Kumpulan kitab-kitab tambahan itu dikenali sebagai Kitab Suci Deuterokanonika. 

AVB Edisi Katolik ini merupakan cantuman dua buah hasil terjemahan — AVB dan Kitab Suci Deuterokanonika. Langkah ini munasabah dan patut disempurnakan kerana terjemahan Kitab Suci Deuterokanonika berasaskan peristilahan, gaya bahasa dan falsafah terjemahan AVB. 

Inspirasi di belakang AVB Edisi Katolik

Keputusan Persidangan Uskup Katolik Malaysia menyetujui suatu kerjasama dengan pasukan AVB untuk menterjemahkan Kitab Suci Deuterokanonika pada tahun 2017 merupakan inspirasi besar untuk menggerakkan penterjemahan kitab-kitab Deuterokanonika ini. 

Selesainya projek penterjemahan ini lima tahun kemudian bermakna sekali kerana menempa sejarah bagi gereja Katolik di rantau ini.

 Tenagakerja Penterjemah Meraikan AVB DC

Siapa harus membacanya?

Teks kitab-kitab Deuterokanonika patut dibaca oleh semua tanpa memandang denominasi, kerana ia merupakan sebahagian daripada warisan dan tradisi Kristian yang dikongsi oleh segenap orang yang percaya kepada Yesus Kristus di seluruh dunia dan sepanjang masa. Sekurang-kurangnya, Kitab Suci Deuterokanonika memberi kita gambaran yang berharga tentang perjuangan dan harapan yang dihadapi oleh ramai orang Yahudi yang hidup sejurus sebelum permulaan gerakan Kristian.