Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 74

A A A
Alkitab Versi Borneo

Renungan Asaf. 1Ya Allah, mengapakah Engkau menyingkirkan kami untuk selama-lamanya?

Mengapakah kemurkaan-Mu berasap terhadap domba di padang-Mu?

2Ingatlah jemaah-Mu yang telah Kaubeli dahulu,

suku warisan-Mu, yang telah Kautebus –

Bukit Sion ini, yang telah Kaudiami.

3Angkatlah kaki-Mu kepada malapetaka yang berterusan,

musuh telah merosakkan segala-galanya di tempat suci.

4Musuh-Mu mengganas di tempat perhimpunan-Mu;

mereka mengibarkan panji-panji sebagai tanda.

5Mereka kelihatan seperti orang yang mengangkat kapak di celah pohon-pohon redang.

6Dan sekarang mereka meruntuhkan ukirannya dengan kapak dan tukul.

7Mereka telah membakar tempat suci-Mu;

mereka telah mencemarkan tempat kediaman nama-Mu ke bumi.

8Mereka berkata dalam hati, "Mari kita musnahkan semuanya!"

Mereka telah membakar semua tempat perhimpunan Allah di tanah ini.

9Kami tidak melihat tanda-tanda kami;

tidak ada lagi nabi,

dan tiada siapa antara kami yang tahu berapa lama.

10Ya Allah, berapa lamakah seteru akan mencela?

Adakah musuh akan mengkufuri nama-Mu selama-lamanya?

11Mengapakah Engkau menarik balik tangan-Mu, ya, tangan kanan-Mu?

Keluarkanlah tangan-Mu dari dada-Mu dan musnahkan mereka!

12Kerana Allah ialah Rajaku dari dahulu;

menjalankan penyelamatan di tengah-tengah bumi.

13AEngkau telah membelah laut dengan kekuatan-Mu;

Engkau telah meremukkan kepala ular-ular laut di perairan.

14BEngkau telah meremukkan kepala-kepala Lewiatan

dan memberikan sebagai makanan kepada orang yang tinggal di gurun.

15Engkau telah membukakan pancuran dan banjir;

Engkau telah mengeringkan sungai-sungai besar.

16Siang milik-Mu, malam juga milik-Mu;

Engkau telah menyediakan cahaya dan matahari.

17Engkau telah meletakkan semua sempadan bumi;

Engkau telah menjadikan musim panas dan musim dingin.

18Ingatlah ini, bahawa musuh telah mencela, ya TUHAN,

dan kaum yang bodoh telah mengkufuri nama-Mu.

19Janganlah serahkan nyawa merpati-Mu kepada binatang ganas;

janganlah lupakan kehidupan makhluk-Mu yang miskin selama-lamanya.

20Fikirkanlah perjanjian,

kerana tempat-tempat gelap di bumi penuh dengan sarang kekejaman.

21Janganlah biarkan orang yang tertindas pulang menanggung malu;

biarlah orang yang miskin dan sesak memuji nama-Mu.

22Bangkitlah, ya Allah, tegakkanlah perjuangan-Mu sendiri;

ingatlah betapa orang bodoh mencela-Mu setiap hari.

23Janganlah lupakan suara musuh-Mu,

hiruk-pikuk mereka,

yang bangkit menentang-Mu semakin bertambah.