Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 12

A A A
Alkitab Versi Borneo
14APohonlah berkat bagi orang yang menganiaya kamu, dan jangan kutuk mereka. 15Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis. 16BBersatu hatilah sesama kamu. Jangan tinggi hati, sebaliknya bergaullah dengan golongan yang sederhana. Jangan anggap dirimu bijaksana.

17Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Perhatikan apa yang baik di mata semua orang. 18Setakat yang mungkin, jika dalam keupayaanmu, hiduplah dalam damai dengan semua manusia. 19CSaudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: "Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan membalas," demikian firman Tuhan. 20DOleh itu, "Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, beri dia minum; Kerana dengan berbuat demikian, kamu menimbunkan bara api ke atas kepalanya." 21Jangan ditewaskan oleh kejahatan, tetapi tewaskanlah kejahatan dengan kebaikan.