Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Ulangan 17

A A A
Alkitab Versi Borneo

Hukum pelantikan raja

14AApabila engkau sudah masuk ke negeri yang dikurniakan kepadamu oleh Tuhan, Allahmu, dan apabila engkau sudah memilikinya serta tinggal di dalamnya lalu engkau berkata, 'Aku hendak mengangkat seorang raja atasku seperti segala bangsa yang ada di sekelilingku,' 15maka pastikanlah engkau mengangkat atasmu seorang raja yang dipilih Tuhan, Allahmu. Angkatlah seorang raja atasmu daripada kalangan saudaramu, jangan seorang asing yang bukan saudaramu. 16BHanya, dia tidak boleh memiliki banyak kuda dan tidak boleh menyuruh bangsa ini kembali ke Mesir demi memperbanyak bilangan kudanya, kerana Tuhan telah berfirman kepadamu, 'Jangan kembali melalui jalan ini lagi.' 17DTidak boleh dia mempunyai banyak isteri, supaya jangan hatinya menyimpang. Begitu juga dia pun tidak boleh mengumpulkan terlalu banyak perak dan emas bagi dirinya. 18Apabila dia bersemayam di atas takhta kerajaannya, hendaklah dia menuliskan untuk dirinya salinan hukum ini menurut Kitab Suci Taurat yang ada pada para imam Lewi. 19Hendaklah salinan itu sentiasa ada padanya dan hendaklah dibacanya seumur hidupnya, supaya dia belajar bertakwa kepada Tuhan, Allahnya, dengan berpegang teguh dan mengikut semua kata dalam hukum Taurat ini serta kanun-kanun ini. 20Dengan demikian, tidaklah dia meninggikan diri terhadap para saudaranya dan tidak menyimpang daripada perintah itu, baik ke kanan mahupun ke kiri, sehingga lamalah tempoh pemerintahannya dan pemerintahan anak-anaknya dalam kalangan orang Israel.