Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 2

A A A
Alkitab Versi Borneo

Hukuman Allah yang adil

1AOleh itu, kamu tidak boleh berdalih, hai manusia walau siapa pun kamu, apabila kamu menghakimi orang. Pada waktu kamu hakimi orang lain, kamu juga menjatuhkan hukuman kepada dirimu sendiri; kerana kamu yang menghakimi juga melakukan perkara yang sama. 2Tetapi kita tahu bahawa hukuman Allah berdasarkan kebenaran dan dijatuhkan ke atas mereka yang mengamalkan perkara demikian. 3Wahai manusia, apabila kamu menghakimi orang yang mengamalkan perkara demikian sedangkan kamu sendiri melakukannya juga, adakah kamu sangka kamu akan terlepas daripada hukuman Allah? 4Atau adakah kamu memperkecil kebaikan, kemurahan serta kesabaran Allah yang amat besar, dan tidak tahu bahawa kebaikan Allah membawamu ke pintu taubat? 5Dengan hati batumu yang tidak bertaubat, kamu mengumpul musibah kemurkaan Allah yang akan menimpamu pada hari kemurkaan dan ternyatanya hukuman Allah yang adil. 6BAllah akan "membalas kepada setiap orang setimpal dengan perbuatannya." 7Bagi mereka yang terus berbuat baik dengan sabar demi mendapatkan kemuliaan, kehormatan dan keabadian, Dia akan memberikan hidup yang kekal; 8manakala bagi mereka yang mementingkan diri dan tidak taat akan kebenaran tetapi menjunjung kedurjanaan, maka kemarahan dan kemurkaan Allah akan menimpa mereka. 9Kesusahan dan kesengsaraan akan menimpa diri setiap orang yang melakukan kedurjanaan: mula-mula kepada orang Yahudi, kemudian kepada orang Yunani; 10tetapi kemuliaan, kehormatan dan kesejahteraan akan dicurahkan kepada setiap orang yang berbuat baik: mula-mula orang Yahudi, kemudian orang Yunani juga. 11CAllah tidak menghakimi berat sebelah.

12Sekalian yang telah melakukan dosa tanpa mengenal hukum Taurat akan binasa tanpa hukum Taurat. Sekalian yang melakukan dosa sedangkan mereka mengenal hukum Taurat akan dihakimi menurut hukum Taurat. 13Sebabnya orang yang benar di mata Allah bukanlah mereka yang mendengar hukum Taurat, tetapi mereka yang mengamalkan ajarannya. 14Apabila orang bukan orang Israel, yang tidak mempunyai hukum Taurat, secara tabii melakukan perkara-perkara yang terkandung dalam hukum Taurat, maka mereka ini adalah hukum bagi diri mereka sendiri. 15Hukum itu tersurat dalam hati mereka dan hati nurani mereka juga naik saksi. Fikiran mereka menuduh atau membela mereka, 16pada hari Allah menghakimi segala rahsia manusia melalui Kristus Yesus, menurut Injil yang kuberitakan.

Orang Yahudi dan Taurat Musa

17Kamu memanggil dirimu orang Yahudi, dan bergantung kepada hukum Taurat serta berbangga kerana hubunganmu dengan Allah. 18Kamu mengetahui kehendak-Nya, dan menyokong segala yang baik, kerana kamu telah diajarkan hukum Taurat. 19Kamu yakin bahawa kamulah yang memimpin orang buta, yang menerangi orang dalam kegelapan, 20yang mengajar orang bodoh, yang mengasuh anak kecil, kerana kamu mempunyai garis-garis ilmu dan kebenaran dalam hukum Taurat. 21Dengan demikian, kamu yang mengajar orang lain, tidakkah kamu mengajar diri sendiri? Kamu yang berkhutbah melarang orang mencuri, adakah kamu sendiri mencuri? 22Kamu yang berkata, "Jangan berzina," adakah kamu melakukan zina? Kamu yang membenci berhala, adakah kamu merompak tempat ibadat? 23Kamu yang berbangga dengan hukum Taurat, adakah kamu menghina Allah dengan melanggar hukum itu? 24D"Nama Allah dikufuri dalam kalangan bangsa asing akibat perbuatanmu" – demikianlah yang telah tersurat.

25Persunatan memang bermanfaat jika kamu taat akan hukum Taurat; tetapi sekiranya kamu melanggar hukum Taurat, batallah persunatan itu. 26Oleh yang demikian, jika seorang yang tidak bersunat mengamalkan perkara-perkara yang baik dalam hukum Taurat, tidakkah dia dikira sebagai telah bersunat? 27Jika orang tidak bersunat mematuhi hukum Taurat, tidakkah dia menghakimi kamu kerana walaupun kamu mempunyai hukum bertulis dan persunatan namun kamu melanggar hukum itu? 28Seseorang dikira Yahudi bukanlah berasaskan keadaan lahiriah; dan persunatan bukanlah bergantung pada keadaan jasmani. 29ESeseorang dikira orang Yahudi berasaskan keadaan batiniah; dan persunatan adalah dalam hati dan bersifat rohani bukan mengikut hukum yang tersurat dalam Taurat. Orang sedemikian mendapat pujian bukan daripada manusia tetapi daripada Allah.