Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Roma 15

A A A
Alkitab Versi Borneo

Menerima satu sama lain

1Yang kuat dalam kalangan kita hendaklah menampung kelemahan orang yang tidak kuat, dan jangan hanya menyukakan hati sendiri. 2Setiap orang antara kita haruslah menyukakan hati sesama saudaranya demi kebaikannya supaya dia menjadi teguh. 3AKristus tidak menyukakan hati-Nya sendiri; sebaliknya telah tersurat: "Segala celaan daripada mereka yang mencela-Mu telah menimpa-Ku." 4Segala yang tersurat pada masa dahulu adalah untuk menjadi pengajaran kepada kita, supaya melalui kesabaran dan penghiburan daripada Kitab Suci itu kita mendapat harapan. 5Semoga Allah yang memberikan kesabaran dan galakan, mengurniaimu perpaduan yang sama terhadap satu sama lain, menurut Kristus Yesus. 6Dengan demikian dapatlah kamu dengan sebulat hati dan suara memuliakan Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus.

7Terimalah satu sama lain, sebagaimana Kristus telah menerima kita, demi kemuliaan Allah. 8Sekarang aku berkata kepadamu bahawa Yesus Kristus telah menjadi hamba kepada umat yang bersunat demi kebenaran Allah, untuk meneguhkan janji yang telah dibuat kepada nenek moyang kita, 9Bdan supaya bangsa-bangsa lain juga memuliakan Allah kerana belas kasihan-Nya, sebagaimana telah tersurat: "Kerana itulah Aku akan memuliakan-Mu dalam kalangan bangsa lain,

menyanyikan pujian bagi nama-Mu."

10CSeterusnya dikatakan lagi:

"Bergembiralah, semua bangsa, bersama umat-Nya!"

11DKemudian, "Pujilah Tuhan, hai semua bangsa!

Pujilah Dia, hai kamu semua manusia!"

12EYesaya menyampaikan juga: "Tunas Isai akan muncul;

Dialah yang bangkit memerintah bangsa-bangsa,

kepada-Nyalah bangsa-bangsa akan menaruh harapan."

13Semoga Allah, sumber harapan, memenuhi hatimu dengan kegembiraan dan kesejahteraan dalam iman, supaya kamu dilimpahi harapan dengan kuasa Roh Kudus.

Pelayanan Paulus

14Sekarang aku yakin tentangmu, saudara-saudaraku, bahawa kamu juga penuh dengan kebaikan dan pengetahuan serta dapat saling menasihati. 15Namun begitu, saudara-saudaraku, aku telah menulis kepadamu dengan lebih tegas tentang hal-hal tertentu kerana kasih kurnia yang telah dirahmati Allah kepadaku, 16untuk menjadikan aku hamba Kristus Yesus bagi bangsa-bangsa lain dalam pelayanan pemberitaan Injil Allah, supaya persembahan bangsa-bangsa lain itu diterima Allah disucikan oleh Roh Kudus. 17Dengan demikian aku dapat berbangga dalam Kristus Yesus tentang hal-hal berkaitan Allah. 18Aku tidak akan berani bercakap tentang sesuatu selain yang telah dilakukan oleh Kristus melaluiku, dengan kata-kata dan perbuatan, untuk menjadikan bangsa-bangsa lain itu taat, 19dalam bentuk tanda dan keajaiban besar, dengan kuasa Roh Allah. Dari Yerusalem dan sekitarnya sampai ke Ilirikum aku telah mengkhabarkan Injili Kristus dengan sepenuhnya. 20Aku ingin mengkhabarkan Injilii ini ke tempat-tempat nama Kristus belum disebut orang. Dengan demikian aku tidak membina di atas tapak yang telah diletakkan oleh orang lain. 21FSebagaimana yang telah tersurat: "Mereka yang belum pernah mendapat khabar tentang-Nya akan melihat,

dan mereka yang belum pernah mendengar akan mengerti."

22GItulah sebabnya selalu sahaja tergendala hasratku hendak mengunjungimu.

Rancangan Paulus mengunjungi Roma

23Namun sekarang, kerana tiada lagi tempat bagiku di sini, dan sudah bertahun-tahun aku ingin melawatmu, 24aku berharap dapat singgah di tempatmu ketika aku ke Sepanyol dan dapat bertemu denganmu. Aku juga berharap kamu akan membantuku meneruskan perjalanan ke sana setelah sejenak aku bergembira bersamamu. 25HTetapi kini aku sedang dalam perjalanan ke Yerusalem untuk membawakan bantuan kepada orang salih. 26Orang Makedonia dan Akhaya telah membuat keputusan turut membantu orang salih yang miskin di Yerusalem. 27IIni dilakukan mereka dengan rela hati, malah mereka menganggapnya suatu kewajipan; kerana jika bangsa-bangsa lain telah mendapat bahagian bersama orang Yahudi dalam hal-hal rohani, maka seharusnyalah mereka berbakti kepada orang Yahudi dalam hal-hal lahiriah. 28Setelah menjalankan tugas ini dan menyerahkan apa yang telah dikumpulkan, aku akan belayar ke Sepanyol dan singgah di tempatmu. 29Aku yakin bahawa apabila ke tempatmu, aku akan datang dengan berkat Kristus yang melimpah.

30Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, demi Tuhan Yesus Kristus dan demi kasih daripada Roh Kudus, berdoalah bersungguh-sungguh bersamaku kepada Allah bagi diriku, 31supaya aku terhindar daripada orang yang tidak beriman di Yudea dan supaya bantuan yang kubawakan ke Yerusalem ini disambut baik oleh orang salih di situ; 32supaya dengan izin Allah aku sampai di tempatmu dengan gembira dan dapat berehat bersamamu. 33Semoga Allah, sumber kesejahteraan, menyertai kamu semua. Amin.