Alkitab Versi Borneo |
Surat kepada jemaah di Sardis 1"Kepada malaikat jemaah di Sardis, tulislah: Inilah kata-kata daripada Dia yang memiliki tujuh Roh Allah dan tujuh bintang. Aku tahu perbuatanmu. Nama sahaja kamu hidup tetapi sebenarnya mati. 2Bangunlah dan teguhkanlah apa yang masih ada padamu dan yang hampir mati kerana Kudapati apa yang kamu lakukan belum lagi sempurna di mata Allah-Ku. 3AIngatlah semula segala yang telah diajarkan kepadamu dan segala yang telah kamu dengar. Patuhilah segalanya dan bertaubatlah. Jika tidak, Aku akan datang kepadamu sebagai pencuri. Kamu tidak mungkin tahu saatnya Aku datang. 4Namun demikian, ada sebilangan daripadamu di Sardis yang tidak mencemarkan pakaian mereka. Mereka akan berjalan bersama-Ku dengan berpakaian putih kerana mereka layak mendapat kemuliaan sedemikian. 5CKepada yang menang akan dapat berpakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan memadamkan nama mereka dari Kitab Hidup. Aku akan mengakui mereka sebagai milik-Ku di hadirat Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya. 6Sesiapa yang bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah." Surat kepada jemaah di Filadelfia 7D"Kepada malaikat jemaah di Filadelfia, tulislah: Inilah kata-kata daripada Dia yang suci dan sejati dan yang memegang kunci milik Daud. Apabila Dia membuka pintu, tiada siapa yang dapat menutupnya, dan apabila Dia menutupnya, tiada siapa yang dapat membukanya. 8Aku tahu perbuatanmu. Lihatlah Aku telah membukakan sebuah pintu untukmu, dan tiada siapa yang dapat menutupnya. Aku tahu bahawa kamu tidaklah begitu kuat, tetapi kamu taat kepada firman-Ku dan tidak sekali-kali menyangkal nama-Ku. 9FAku akan membuat mereka daripada jemaahi Iblis, para pendusta yang bukan Yahudi tetapi mengaku diri orang Yahudi datang kepadamu dan sujud pada kakimu. Sememangnya mereka akan tahu bahawa Aku mengasihimu. 10Oleh sebab kamu taat akan perintah-Ku supaya tabah menanggung kesengsaraan, Aku akan menyelamatkanmu daripada masa pancaroba yang akan menimpa seluruh dunia sebagai dugaan kepada umat manusia. 11Aku akan datang segera. Peliharalah apa yang ada padamu dengan sempurna, supaya mahkotamuii tidak diragut orang. 12HAku akan menjadikan dia yang menang seperti tiang di Bait Suci Allah-Ku dan dia akan tetap tinggal di situ. Aku akan menulis pada dirinya nama Allah dan Kota Allah, iaitu Yerusalem baru yang akan diturunkan Allah dari syurga, juga nama-Ku yang baru. 13Jika kamu bertelinga, dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah." Surat kepada jemaah di Laodikia 14I"Kepada malaikat jemaah di Laodikia, tulislah: Inilah perkhabaran daripada Dia yang disebut Amin, Saksi yang setia dan benar, Permulaan segala ciptaan Allah. 15Aku tahu perbuatanmu. Aku tahu bahawa kamu ini sejuk tidak, panas pun tidak. Betapa baiknya jika kamu mengambil satu daripada dua sikap itu. 16Tetapi oleh sebab kamu suam-suam sahaja, Aku akan meludahkan kamu. 17Kamu berkata, 'Aku kaya dan cukup segala-galanya, tiada kekurangan apa-apa.' Tetapi kamu tidak tahu bahawa kamu sebenarnya dalam keadaan yang serba kekurangan dan amat malang, miskin, telanjang serta buta. 18Dengan demikian Kunasihati kamu: Belilah emas daripada-Ku, emas tulen, supaya kamu kaya. Belilah pakaian putih untuk menutup tubuhmu yang telanjang lagi mengaibkan. Belilah ubat untuk matamu supaya dapat melihat. 19JAku menegur dan menghukum orang yang Kukasihi. Oleh itu, amalkanlah sikap bersungguh-sungguh dan bertaubatlah. 20Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya. Aku akan makan bersamanya dan dia bersama-Ku. 21Aku akan membenarkan mereka yang menang duduk di atas takhta-Ku, seperti Aku yang telah menang kini duduk di sisi Bapa-Ku di atas takhta-Nya. 22Jika kamu bertelinga; dengarlah apa yang dikatakan oleh Roh kepada jemaah."