Alkitab Versi Borneo |
Nyanyian mereka yang menang 1Aku melihat pula di langit suatu tanda lagi, yang besar dan ajaib, iaitu tujuh malaikat membawa tujuh wabak terakhir, maka dengannya selesailah kemurkaan Allah. 2Kulihat seakan-akan lautan kaca bercampur api. Mereka yang menang menghadapi dugaan binatang itu, patungnya, tandanya dan angka namanya, berdiri di atas laut kaca itu memegang kecapi Allah. 3AMereka menyanyikan nyanyian Musa, hamba Allah, dan nyanyian Anak Domba: "Agung dan ajaib pekerjaan-Mu, Tuhan, Allah Maha Kuasa! Benar dan adil setiap jalan-Mu, Ya Raja segala bangsa! 4CSiapakah yang tidak takut kepada-Mu, Ya Tuhan, dan memuliakan nama-Mu? Kerana hanya Engkaulah Yang Maha Suci. Semua bangsa akan datang dan sujud menyembah-Mu, kerana penghakiman-Mu telah ternyata." 5DSetelah itu, aku melihat pula dan ternampak Bait Suci di dalam khemah kesaksian di syurga terbuka. 6Dari Bait Suci itu keluarlah tujuh malaikat yang membawa tujuh wabak itu, berpakaian linen yang bersih dan berseri-seri, dada mereka dililiti pending emas. 7Kemudian satu daripada empat makhluk itu memberi tujuh malaikat itu tujuh mangkuk emas yang dipenuhi kemurkaan Allah yang hidup selama-lamanya. 8EBait Suci dipenuhi asap daripada kemuliaan Allah dan kuasa-Nya dan tiada siapa dapat memasukinya hingga tujuh wabak yang dibawa oleh tujuh malaikat itu selesai.