Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Wahyu 12

A A A
Alkitab Versi Borneo

Perempuan dan naga

1Suatu tanda besar kelihatan di langit: Seorang perempuan yang berpakaian matahari, bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dua belas bintang terkalung menghiasi kepalanya. 2Dia sedang hamil dan sudah sampai waktunya untuk melahirkan anak, maka dia berteriak kesakitan.

3ALantas suatu tanda muncul di langit: seekor naga merah yang amat besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota. 4BNaga itu mengheret sepertiga bintang di langit dengan ekornya dan menghumbankannya ke bumi. Ia menunggu di hadapan perempuan yang hendak bersalin untuk menelan anaknya sebaik-baik dia lahir. 5DKemudian perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah segala bangsa dengan tombak besi. Dan anak itu dibawa ke hadirat Allah dan takhta-Nya. 6Perempuan itu lari ke gurun, ke tempat yang memang ditentukan Allah untuknya. Dia dijaga di situ selama seribu dua ratus enam puluh hari.

Naga dikalahkan

7EKemudian perang tercetus di syurga. Mikhail dengan malaikat-malaikatnya berperang dengan naga dan malaikat-malaikatnya. 8Naga itu tewas dalam peperangan. Ia dan malaikat-malaikatnya tidak dibenarkan tinggal di syurga lagi. 9GDengan demikian tersingkirlah naga besar itu, ular purba yang bernama Iblis atau Syaitan, yang memperdaya umat manusia. Ia dan semua malaikatnya dibuang ke bumi.

Nyanyian kemenangan

10HKemudian aku mendengar suara lantang berkata di syurga, "Sekarang penyelamatan, kekuatan, kerajaan Allah kita,

dan kuasa Kristus-Nya telah tiba;

kerana penuduh saudara-saudara kita,

yang telah menuduh mereka siang malam di hadapan Allah kita

telah disingkirkan.

11Mereka telah menumpaskannya

dengan darah Anak Domba

dan dengan kata-kata kesaksian mereka,

dan mereka tidak menyayangi nyawa sendiri hingga mati.

12Oleh itu, bergembiralah wahai syurga

dan kamu semua yang tinggal di dalamnya!

Tetapi malanglah penduduk bumi dan laut!

Iblis telah turun kepadamu,

dalam keadaan sangat berang,

kerana ia tahu masanya sudah singkat."

Naga memburu perempuan

13Apabila naga itu sedar ia telah dibuang ke bumi, ia pun memburu perempuan yang melahirkan anak lelaki itu. 14ITetapi perempuan itu diberi sepasang sayap helang besar untuk terbang ke tempatnya di gurun. Di situ dia dijaga selama tiga tahun setengah jauh dari mata naga itu. 15Naga itu menyemburkan air dari mulutnya seperti air bah untuk menghanyutkan perempuan itu. 16Tetapi bumi membantu perempuan itu dengan membuka mulutnya dan menelan air bah yang disemburkan oleh naga itu. 17Naga itu amat marah terhadap perempuan itu lalu pergi memerangi anak-anaknya yang lain, yang taat kepada perintah Allah dan mempunyai kesaksian Yesus Kristus. 18Kemudian naga itu berdiri di atas pasir di tepi laut.