Alkitab Versi Borneo |
1ATUHAN bertakhta memerintah,
biarlah bangsa-bangsa gementar;
Dia tinggal di antara malaikat kerubin,
biarlah bumi bergegar. 2TUHAN Maha Besar di Sion;
dan Dia jauh di atas semua bangsa. 3Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan – Dia Maha Kudus. 4Kekuatan Raja cinta akan keadilan – Engkau telah mengasaskan kesaksamaan; Engkau telah melakukan yang benar dan adil dalam Yakub. 5Tinggikanlah TUHAN Allah kita dan sembahlah Dia di alas kaki-Nya;
Dia Maha Kudus. 6Musa dan Harun tergolong antara imam-Nya,
dan Samuel antara mereka yang menyeru nama-Nya;
Mereka berseru kepada TUHAN
dan Dia menjawab mereka. 7BDia berfirman kepada mereka dalam tiang awan; mereka mematuhi peraturan-Nya dan ketetapan yang diberi-Nya. 8Engkau menjawab mereka,
Ya TUHAN Allah kami;
Engkau Allah pengampun kepada mereka,
meskipun Engkau membalas perbuatan mereka dengan hukuman. 9Tinggikanlah TUHAN, Allah kita dan sembahlah Dia di bukit suci-Nya,
kerana TUHAN Allah kita Maha Kudus.