Alkitab Versi Borneo |
1Marilah, marilah kita menyanyi untuk TUHAN;
marilah kita bersorak riang untuk Batu Pejal penyelamatan kita. 2Marilah kita pergi ke hadirat-Nya sambil mengucap syukur, marilah kita bersorak riang untuk-Nya dengan mazmur. 3Kerana TUHAN ialah Allah Yang Maha Besar,
Raja besar di atas semua tuhan. 4Dalam tangan-Nya tempat-tempat dalam di bumi, bukit-bukau yang tinggi juga milik-Nya. 5Laut milik-Nya kerana Dia yang menjadikannya, dan tangan-Nya membentuk daratan yang kering. 6Marilah, marilah kita menyembah dan tunduk,
marilah kita berlutut di hadapan TUHAN Pencipta kita; 7ABkerana Dia Allah kita dan kita umat-Nya, kawanan domba di bawah tangan-Nya. Hari ini, jika kamu mahu dengar suara-Nya, 8Cjanganlah keraskan hatimu, seperti di Meriba, seperti pada hari di Masa di padang gurun, 9ketika nenek moyangmu menguji-Ku, mereka mencuba-Ku meski mereka telah melihat perbuatan-Ku. 10Selama empat puluh tahun Aku berdukacita dengan keturunan itu; dan Aku berkata, "Kaum ini sesat dalam hatinya, dan tidak mengenal jalan-Ku." 11EOleh itu, Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku, "Mereka tidak akan masuk dalam rehat-Ku."