Alkitab Versi Borneo |
1Sesiapa yang tinggal di tempat rahsia Yang Maha Tinggi akan menetap di bawah bayang-bayang Yang Maha Kuasa. 2Aku akan berkata tentang TUHAN, "Dialah penaungku dan bentengku,
Allahku, akan kupercaya kepada-Nya." 3Sesungguhnya, Dia akan melepaskan kamu daripada jerat pemikat dan wabak yang berbahaya. 4Dia akan melitupimu dengan bulu-Nya, dan di bawah sayap-Nya kamu akan bernaung; kesetiaan-Nya akan menjadi perisai dan peneguhmu. 5Engkau tidak akan takut kepada sesuatu yang ngeri sewaktu malam, atau anak panah yang meluru sewaktu siang, 6atau wabak yang merayap dalam kegelapan, atau kemusnahan yang melanda pada waktu tengah hari. 7Seribu orang mungkin rebah di sisimu, dan sepuluh ribu di sebelah kananmu, tetapi maut tidak akan mendekatimu. 8Hanya dengan matamu kamu akan memandang dan melihat balasan kepada orang zalim. 9Kerana engkau telah menjadikan TUHAN tempat engkau menetap –
Yang Maha Tinggi tempat aku bernaung – 10kejahatan tidak akan menimpamu, dan wabak tidak akan mendekati tempat tinggalmu. 11AKerana Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjagamu untuk memeliharamu walau di mana kamu berada. 12BMereka akan menatangmu, supaya kakimu tidak tersandung batu. 13CEngkau akan memijak singa dan ular tedung;
singa muda dan ular berbisa akan kaulanyak di bawah kaki. 14"Kerana dia telah menumpukan kasihnya kepada-Ku, maka Aku akan melepaskannya; Aku akan meletakkannya di tempat tinggi, kerana dia mengetahui nama-Ku. 15Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya; Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan. 16Dengan umur yang panjang Aku akan memberinya kepuasan dan menunjukkannya penyelamatan-Ku."