Alkitab Versi Borneo |
Mazmur suku Korah.
Sebuah nyanyian.
1Asas-Nya di bukit suci; 2TUHAN mencintai pintu pagar Sion
lebih daripada segala tempat kediaman Yakub. 3Pelbagai kemuliaan disebutkan tentangmu, Wahai kota Allah: 4"Aku akan menyebut Rahab dan Babel kepada mereka yang mengenal-Ku – Ketahuilah, wahai Filistea dan Tirus, serta Kush – 'Dia dilahirkan di Sion.' " 5Dan tentang Sion akan dikatakan, "Dia ini dan dia itu telah dilahirkan dalamnya, dan Yang Maha Tinggi sendiri akan mengukuhkannya." 6TUHAN akan mencatatkan ketika Dia mendaftarkan umat-Nya:
"Dia ini dilahirkan di Sion." 7Kedua-dua penyanyi dan pemain muzik berkata, "Semua sumber bahagiaku dalammu."