Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 86

A A A
Alkitab Versi Borneo

Doa Daud. 1Dekatkanlah telinga-Mu, ya TUHAN, dengarlah aku,

kerana aku miskin dan sesak.

2Peliharakanlah nyawaku, kerana aku suci.

Engkau Allahku; selamatkanlah hamba-Mu yang percaya kepada-Mu.

3Kasihanilah aku, ya TUHAN,

kerana aku berseru kepada-Mu sepanjang hari.

4Gembirakanlah jiwa hamba-Mu,

kerana kepada-Mu, ya Tuhan, kuangkatkan jiwaku.

5Kerana Engkau, ya Tuhan, baik dan sedia mengampuni,

serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu.

6Dengarlah, ya TUHAN, doaku;

dan berilah perhatian kepada suara permohonanku.

7Dalam kesusahan aku akan berseru kepada-Mu,

kerana Engkau akan menjawabku.

8Tiada tuhan seperti-Mu, ya Tuhan;

dan tiada yang dapat melakukan apa yang Kaulakukan.

9ASemua bangsa yang telah Kaujadikan

akan datang menyembah-Mu, ya Tuhan;

dan akan memuliakan nama-Mu.

10Kerana Engkau Maha Besar dan melakukan perkara yang menakjubkan;

hanya Engkaulah Allah.

11Ajarlah aku jalan-Mu, ya TUHAN,

aku akan melangkah dalam kebenaran-Mu;

padukan hatiku, supaya takut akan nama-Mu.

12Aku akan memuji-Mu, ya Tuhan, Allahku, dengan sepenuh hatiku;

dan aku akan memuliakan nama-Mu untuk selama-lamanya.

13Kerana sungguh melimpah kasih-Mu kepadaku;

dan Engkau telah melepaskan jiwaku daripada kubur.

14Ya Allah, orang yang sombong telah bangkit menentangku;

dan gerombolan orang zalim beramai-ramai hendak membunuhku –

mereka tidak berpandu kepada-Mu.

15Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah yang penyayang dan pengasih,

panjang sabar serta berlimpah kasih dan setia.

16Berpalinglah kepadaku, dan kasihanilah aku;

berilah kekuatan-Mu kepada hamba-Mu dan selamatkanlah aku yang mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.

17Tunjukkanlah aku tanda kebaikan,

supaya orang yang membenciku melihatnya lalu berasa malu, kerana Engkau, ya TUHAN,

telah menolongku dan melipurkan aku.