Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 84

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu: Gitit. Mazmur suku Korah. 1Betapa indahnya khemah-Mu,

Ya TUHAN Yang Maha Kuasa!

2Jiwaku ingin, ya rindu, akan pekarangan TUHAN;

hatiku dan jasadku berseru kepada Allah yang hidup.

3Sedangkan burung pipit ada tempat kediamannya,

dan burung layang-layang ada sarangnya sendiri, tempat dia meletakkan anak-anaknya –

malah juga mazbah-Mu, ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Rajaku dan Allahku.

4Diberkatilah mereka yang tinggal di rumah-Mu;

mereka berterusan memuji-Mu.

5Diberkatilah orang yang kekuatannya dalam-Mu,

yang hatinya tertumpu kepada perjalanan suci.

6Ketika mereka melalui Lembah Baca,

mereka menjadikannya mata air; hujan pula memenuhinya dengan kolam.

7Mereka mencapai kekuatan demi kekuatan,

setiap orang tiba di hadapan Allah di Sion.

8Ya TUHAN, Allah alam semesta, perhatikanlah doaku;

dengarlah, ya Allah Yakub.

9Ya Allah, lihatlah perisai kami;

dan pandanglah wajah orang yang telah Kauurapi.

10Kerana satu hari di dalam rumah-Mu

lebih baik daripada seribu di tempat lain;

aku rela menjadi penjaga pintu di Rumah Allahku daripada tinggal di khemah orang zalim.

11Kerana Allah TUHAN ialah matahari dan perisai;

TUHAN akan memberi kasih kurnia dan kemuliaan;

tiada kebaikan yang tidak dilimpahkan-Nya

kepada mereka yang hidup tulus.

12Ya TUHAN Yang Maha Kuasa,

diberkatilah orang yang percaya kepada-Mu.