Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 83

A A A
Alkitab Versi Borneo

Sebuah nyanyian. Mazmur Asaf. 1Janganlah senyap, ya Allah;

janganlah Engkau membisu, dan janganlah berdiam diri, ya Allah.

2Kerana lihatlah, musuh-Mu berbuat huru-hara,

dan mereka yang membenci-Mu telah mengangkat kepala.

3Mereka berunding mengatur tipu muslihat menentang umat-Mu;

dan berpakat melawan orang yang Kaulindungi.

4Mereka telah berkata, "Marilah kita hapuskan mereka sebagai suatu bangsa,

supaya nama Israel akan luput dari ingatan."

5Mereka telah berpakat dan bersatu hati;

mereka telah membentuk komplot menentang-Mu –

6orang Edom dan orang Ismael, Moab dan Hagri,

7Gebal, Amon dan Amalek, Filistea dan Tirus.

8Asyur pun telah menjadi sekutu mereka;

mereka membantu keturunan bani Lut.

9BPerlakukanlah mereka seperti Kauperlakukan orang Midian,

dan Sisera serta Yabin di Sungai Kison,

10yang binasa di En-Dor

dan menjadi seperti sampah di atas bumi.

11DJadikanlah para pemimpin mereka seperti Oreb dan Zeeb,

ya, dan raja-raja mereka seperti Zebah dan Salmuna,

12yang telah berkata, "Marilah kita ambil padang-padang berumput Allah sebagai milik kita."

13Ya Allahku, jadikan mereka seperti debu berterbangan,

seperti sekam ditiup angin.

14Seperti api membakar hutan

dan membuat gunung-ganang menyala,

15burulah mereka dengan badai-Mu

dan takutkan mereka dengan ribut-Mu.

16Malukanlah mereka supaya mereka mencari nama-Mu, ya TUHAN.

17Biarlah mereka keliru dan kecewa selama-lamanya;

ya, biarkanlah mereka malu dan binasa.

18Supaya mereka tahu hanya Engkau, yang bernama TUHAN –

Engkaulah Yang Maha Tinggi menguasai seluruh bumi.