Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 66

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Sebuah nyanyian. Sebuah mazmur. 1Bersoraklah dengan girang kepada Allah, wahai seluruh bumi!

2Nyanyikan kebesaran nama-Nya;

lafazkan puji-pujian untuk-Nya penuh kemuliaan!

3Katakan kepada Allah, "Alangkah menakjubkan segala perbuatan-Mu!

Kekuasaan-Mu sungguh besar semua musuh-Mu akan tunduk kepada-Mu.

4"Seluruh bumi akan menyembah-Mu;

dan menyanyikan pujian kepada-Mu,

mereka menyanyikan pujian kepada nama-Mu."

5Marilah melihat perbuatan Allah,

Dia sungguh menakjubkan dalam perbuatan-Nya terhadap anak-anak manusia!

6BDia mengubah laut menjadi tanah kering,

mereka menyeberangi berjalan kaki –

di sana kami bersukacita kerana-Nya.

7Dia memerintah dengan kekuasaan-Nya untuk selama-lamanya,

Dia mengawasi bangsa-bangsa;

jangan ada pemberontak cuba melawan-Nya.

8Pujilah Allah kami, hai semua umat-Nya,

biar suara puji untuk-Nya didengar orang;

9Dia telah melindungi kami daripada kematian

dan tidak membiarkan kami dikalahkan.

10Kerana Engkau, ya Allah, telah menguji kami;

Engkau telah memurnikan kami seperti perak yang dimurnikan.

11Engkau membiarkan kami terjerumus ke dalam perangkap;

Engkau membebani kami dengan derita.

12Engkau membiarkan orang memijak kepala kami;

kami mengharungi api dan air,

tetapi Engkau telah membawa kami keluar ke dalam limpahan rahmat dan pencapaian hasrat.

13Aku akan masuk ke rumah-Mu membawa korban bakaran,

aku akan menunaikan segala janjiku kepada-Mu –

14yang telah kulafazkan ketika aku dalam kesusahan.

15Aku akan mempersembahkan kepada-Mu ternakan yang digemukkan sebagai korban bakaran bersama bauan harum daging domba jantan;

aku akan mempersembahkan lembu jantan dan kambing.

16Marilah dan dengarlah, wahai kamu yang takut akan Allah;

aku akan mengisytiharkan apa yang telah dilakukan-Nya untukku.

17Aku berseru kepada-Nya dengan mulutku;

dan dengan lidahku Dia disanjung.

18Kalaulah ada niat jahat dalam hatiku,

Tuhan tidak akan mendengar rayuanku;

19tetapi sesungguhnya Allah telah mendengar suaraku

dan telah mengabulkan doaku.

20Segala puji bagi Allah,

yang tidak menolak doaku

dan tidak menyingkirkan aku daripada kasih-Nya!