Alkitab Versi Borneo |
Mazmur Daud ketika dia di Gurun Yehuda.
1Ya Allah, Engkau Allahku,
aku akan mencari-Mu segera;
jiwaku dahaga kepada-Mu,
jasadku merindui-Mu,
di tanah gersang tandus tanpa air. 2Maka aku mencari-Mu di tempat suci-Mu untuk melihat kekuasaan dan kemuliaan-Mu. 3Kerana kasih-Mu lebih bernilai daripada nyawa, bibirku akan memuji-Mu. 4Demikian aku akan memuji-Mu seumur hidupku, aku akan menadah tanganku dengan nama-Mu. 5Jiwaku akan berasa puas seperti dijamu; dan aku akan memuji-Mu dengan sukacita. 6Apabila aku ingat kepada-Mu di tempat tidurku; aku berjaga merenungkan Engkau sepanjang malam. 7Kerana Engkau telah menolongku, maka di bawah naungan sayap-Mu aku akan bergembira. 8Jiwaku mengikut jejak-Mu dari dekat; tangan kanan-Mu memberiku kekuatan. 9Tetapi mereka yang ingin meragut nyawaku; akan terbenam jauh di dalam bumi. 10Mereka mati ditikam pedang mereka akan menjadi habuan serigala. 11Raja akan bersukacita kerana Allah; setiap orang yang berjanji dengan nama Allah akan memuliakan-Nya, tetapi mulut pendusta akan dibisukan.