Alkitab Versi Borneo |
Untuk pemimpin muzik.
Menurut Yedutun. Mazmur Daud.
1Sesungguhnya, jiwaku senyap hening menantikan Allah;
daripada-Nya datang penyelamatanku. 2Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah yang melindungiku, maka aku tidak akan digulingkan. 3Berapa lamakah kamu akan terus menyerang? Kamu semua akan dimusnahkan – seperti dinding yang miring dan pagar yang hampir rebah. 4Mereka berkomplot semata-mata untuk menggulingkannya daripada kedudukannya yang tinggi; mereka suka berdusta. Mereka memberkati dengan mulut, tetapi menyumpah dalam hati. 5Jiwaku, senyap heninglah menantikan Allah sahaja; kerana harapanku terletak pada-Nya. 6Hanyalah Dia batu pejalku dan penyelamatanku; Dialah pertahananku, maka aku tidak akan digugat. 7Pada Allah penyelamatanku dan kemuliaanku; batu pejal kekuatanku, dan tempat perlindunganku pada Allah. 8Percayalah kepada-Nya setiap waktu, hai umatku; curahkan isi hatimu di hadirat-Nya, Allah Pelindung kita. 9Sesungguhnya, manusia baik rendah mahupun tinggi kedudukannya, hanyalah nafas dan bayangan maya; jika mereka ditimbang dengan neraca; semuanya lebih ringan daripada nafas. 10Jangan letakkan kepercayaan kepada penindasan, usah berharap sia-sia kepada hasil rompakan; walaupun kekayaanmu bertambah, jangan bergantung kepadanya. 11Allah telah berfirman beberapa kali, dan aku telah mendengar: bahawa kuasa hanya milik Allah, 12Akasih juga milik-Mu, ya Tuhan. Engkau memberi ganjaran yang sepadan dengan usaha setiap orang.