Alkitab Versi Borneo |
Untuk pemimpin muzik. Dengan alat muzik bertali. Mazmur Daud.
1Dengarlah rayuanku, ya Allah; dengarlah doaku. 2Dari hujung bumi aku akan merayu kepada-Mu, ketika hatiku tertekan; bimbinglah aku ke tempat batuan yang lebih tinggi daripadaku. 3Kerana Engkaulah tempat aku bernaung, menara perkasa yang melindungiku daripada musuh. 4Aku akan tinggal di khemah suci-Mu selama-lamanya;
aku akan berlindung di bawah naungan sayap-Mu. 5Kerana Engkau, ya Allah, telah mendengar segala janjiku; Engkau telah memberiku warisan mereka yang takut akan nama-Mu. 6Engkau akan melanjutkan usia raja, hayatnya dan zuriatnya turun-temurun. 7Dia akan berada di hadirat Allahi selama-lamanya; kurniakanlah kasih dan kesetiaan yang akan memeliharanya. 8Maka aku akan menyanyikan puji-pujian bagi nama-Mu selama-lamanya untuk menunaikan janjiku setiap hari.