Alkitab Versi Borneo |
Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan alat-alat muzik bertali.
Dengan kecapi bertali lapan. Mazmur Daud.
1AYa TUHAN, janganlah menempelak aku dalam kemarahan-Mu
atau menghukum aku dalam kemurkaan-Mu. 2Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku longlai;
Ya TUHAN, sembuhkanlah aku, kerana tulang-tulangku terseksa. 3Jiwaku gundah-gulana.
Berapa lama, ya TUHAN, berapa lama? 4Berpalinglah semula kepadaku, ya TUHAN, dan lepaskan aku;
selamatkan aku kerana kasih setia-Mu. 5Tiada sesiapa mengingati-Mu setelah dia mati. Siapa yang memuji-Mu dari kubur? 6Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata. 7Mataku menjadi lemah kerana kesedihan; dan semakin kelam kerana musuhku. 8BNyahlah dari sisiku, hai kamu yang berbuat jahat,
kerana TUHAN telah mendengar ratapanku. 9TUHAN telah mendengar jeritanku memohon belas kasihan; TUHAN menerima doaku. 10Semua musuhku akan malu dan kecewa; mereka akan berpatah balik dalam keaiban yang tiba-tiba.