Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 5

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan seruling. Mazmur Daud. 1Dengarlah kata-kataku, ya TUHAN,

pertimbangkan keluhanku.

2Dengarlah jeritanku meminta tolong,

wahai Rajaku dan Allahku,

kerana kepada-Mu aku berdoa.

3Pada waktu pagi, ya TUHAN, Kaudengar suaraku;

pada waktu pagi kulafazkan permohonanku ke hadirat-Mu lalu menanti dengan harapan.

4Engkau bukanlah Allah yang suka akan kejahatan;

dengan-Mu orang zalim tidak dapat tinggal.

5Orang angkuh tidak dapat berdiri di hadirat-Mu;

Engkau benci akan semua yang berbuat jahat.

6Engkau membinasakan orang yang berdusta;

orang yang suka menumpahkan darah dan memperdaya dibenci oleh TUHAN.

7Tetapi aku, dengan limpah belas kasihan-Mu,

akan masuk ke rumah-Mu;

dengan sepenuh hormat aku akan tunduk ke arah Bait Suci-Mu.

8Pimpinlah aku, ya TUHAN, dalam perbenaran-Mui

kerana musuh-musuhku –

luruskanlah jalan-Mu di hadapanku.

9ATiada sepatah kata pun daripada mulut mereka dapat dipercayai;

hati mereka dipenuhi pembinasaan.

Kerongkong mereka seperti kubur terbuka;

lidah mereka menuturkan tipu daya.

10Isytiharkan mereka bersalah, ya Allah!

Biarkan pakatan sulit mereka menjatuhkan mereka.

Singkirkan mereka kerana dosa mereka yang banyak,

kerana mereka telah menderhaka terhadap-Mu.

11Tetapi biarlah semua orang yang bernaung kepada-Mu bersukacita;

biar mereka sentiasa bernyanyi kegembiraan.

Berilah mereka perlindungan-Mu,

supaya orang yang mengasihi nama-Mu dapat bersukacita dalam-Mu.

12Kerana, ya TUHAN, tentulah Engkau memberkati orang yang benar;

Engkau melindungi mereka dengan kemurahan-Mu seperti dengan perisai.