Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 48

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nyanyian. Mazmur puak Korah. 1Maha Besar TUHAN, segala puji bagi-Nya,

di kota Allah kita, di bukit suci-Nya.

2AIndah dalam ketinggiannya,

kegembiraan seluruh bumi.

Bukit Sion di bahagian utara Zafon,

kota Raja yang Agung.

3Allah berada di istana kota ini;

Dia telah menunjukkan diri-Nya sebagai Pelindung.

4Lihatlah, raja-raja telah berhimpun,

mereka lalu bersama-sama,

5mereka melihatnya lalu berasa takjub;

mereka cemas dan segera pergi.

6Mereka dicengkam ketakutan di situ,

dan kesakitan seperti perempuan hendak bersalin.

7Seperti waktu Engkau memecahkan kapal-kapal Tarsis dengan angin ribut dari timur.

8Sebagaimana yang kami dengar,

begitulah yang kami lihat

di kota TUHAN Yang Maha Kuasa,

di kota Allah kita:

Allah akan memeliharanya untuk selama-lamanya.

9Kami telah memikirkan, ya Allah, kasih setia-Mu, di dalam rumah suci-Mu.

10Menurut nama-Mu, ya Allah,

demikianlah Engkau dipuji di serata bumi;

tangan kanan-Mu penuh keadilan.

11Bergembiralah wahai Bukit Sion,

bersukacitalah anak-anak perempuan Yehuda

kerana penghakiman-Mu yang adil.

12Berjalanlah serata Sion, bersiar kelilingnya,

hitung menara-menaranya,

13perhatikan kubu-kubunya,

tatap istana-istananya,

untuk diceritakan kepada anak cucu kelak.

14Kerana demikianlah Allah, Allah kita untuk selama-lamanya;

Dia akan memimpin kita hingga ke akhir hayat.