Alkitab Versi Borneo |
Untuk pemimpin muzik.
Mazmur puak Korah.
1Bertepuklah wahai seluruh bangsa-bangsa;
bersoraklah kepada Allah dengan suara kemenangan. 2Kerana TUHAN Yang Maha Tinggi amat menakjubkan,
Dia Raja besar memerintah seluruh bumi! 3Dia akan menundukkan bangsa-bangsa ke bawah kuasa kita, dan kaum-kaum ke bawah kaki kita. 4Dia akan memilihkan warisan pusaka untuk kita, keunggulan Yakub yang dikasihi-Nya. 5Allah telah naik ke takhta-Nya diiringi sorak-sorai,
Ya TUHAN yang diiringi bunyi nafiri. 6Nyanyikan puji-pujian kepada Allah, nyanyikanlah puji-pujian; nyanyikan puji-pujian kepada Raja kita, nyanyikanlah puji-pujian. 7Kerana Allah Raja seluruh bumi; nyanyikan puji-pujian sepenuh pengertian. 8Allah memerintah bangsa-bangsa; Allah bersemayam di atas takhta-Nya. 9Raja-raja segala bangsa telah berhimpun sebagai umat Allah, Allah Abraham, kerana semua rajai bumi milik Allah; Yang Maha Besar dan Mulia.