Alkitab Versi Borneo |
1Pertahankan kebenaranku, ya Allah, dan sokong perjuanganku menentang bangsa yang mungkar; selamatkanlah aku daripada manusia yang dusta dan zalim. 2Kerana Engkaulah Allah kekuatanku. Mengapa Engkau menyingkiri aku? Mengapa aku bersedih, kerana ditindas musuhku? 3Hantarlah cahaya-Mu dan kebenaran-Mu, untuk membimbingku; membawaku ke bukit suci-Mu, dan ke khemah-Mu. 4Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, Allah sumber kebahagiaanku yang tidak terhingga. Dan sambil bermain kecapi aku akan memuji-Mu, Ya Allah, ya Allahku. 5Mengapa kau nestapa, wahai jiwaku? Mengapa kau resah gelisah? Berharaplah kepada Allah, kerana aku akan memuji-Nya, Penyelamatku dan Allahku.