Alkitab Versi Borneo |
Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud, hamba TUHAN.
1ASatu nubuat dalam hatiku
tentang keingkaran orang zalim:
rasa takut terhadap Allah tiada di jiwanya. 2Kerana dia memuliakan dirinya dalam pandangannya sehingga dia tidak tahu keingkarannya dan berasa kebencian. 3Kata-kata daripada mulutnya zalim dan dusta; dia tidak lagi bijaksana dan berbuat baik. 4Dia merancang kejahatan di tempat tidurnya; dia mengikut jalan yang tidak baik, dia tidak membenci kejahatan. 5Kasih-Mu, ya TUHAN, menjangkau langit,
kesetiaan-Mu mencecah awan. 6Perbenaran-Mui setinggi gunung,
penghakiman-Mu sedalam lautan.
Ya TUHAN, Engkau melindungi manusia dan haiwan. 7Betapa berharganya kasih setia-Mu, ya Allah! Oleh itu, anak manusia berlindung di bawah bayangan sayap-Mu. 8Mereka dijamu sehingga puas dari limpahan kurnia rumah-Mu; dan Kauberi mereka minum dari sungai nikmat-Mu. 9Kerana pada-Mu pancuran hidup; dalam cahaya-Mu kami melihat cahaya. 10Teruskanlah kasih-Mu kepada mereka yang mengenal-Mu,
dan perbenaran-Mu kepada mereka yang tulus hati. 11Jangan biarkan kaki orang yang angkuh menerajangku, dan jangan biarkan tangan orang zalim mengusirku. 12Lihatlah, orang yang melakukan kejahatan telah jatuh – mereka telah digulingkan dan tidak berdaya bangkit lagi!