Alkitab Versi Borneo |
Mazmur Daud. Ketika dia berpura-pura gila di hadapan Abimelekh, yang mengusirnya, lalu dia pergi.
1Aku akan memuji TUHAN setiap waktu;
puji-pujian untuk-Nya akan sentiasa di bibirku. 2Jiwaku akan mengisytiharkan kebesaran TUHAN;
rakyat yang menderita akan mendengar dan bersukacita. 3Pujilah kebesaran TUHAN bersamaku;
marilah kita memuliakan nama-Nya bersama-sama. 4Aku telah berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku;
lalu Dia menyelamatkanku daripada semua yang kutakuti. 5Orang yang dalam kesusahan bermohon kepada-Nya; maka wajah mereka berseri-seri dan tidak menanggung malu. 6Orang malang berseru merayu,
dan TUHAN mendengar rayuannya;
lalu menyelamatkannya daripada segala kesusahannya. 7Para malaikat TUHAN berjaga sekeliling orang yang takut kepada-Nya,
dan menyelamatkan mereka. 8ARasakan dan lihatlah kebaikan TUHAN;
diberkatilah orang yang berlindung kepada-Nya. 9Takutilah TUHAN, wahai umat-Nya yang salih,
mereka yang takut kepada-Nya tidak kekurangan apa-apa. 10Anak-anak singa menjadi lemah dan lapar,
tetapi mereka yang berpaling kepada TUHAN tidak akan kekurangan sesuatu yang baik. 11Marilah anak-anak, dengar kata-kataku;
aku akan mengajarmu takut akan TUHAN. 12BSiapa yang sayangkan hidup dan inginkan panjang umur, 13jagalah lidahmu daripada kejahatan dan bibirmu daripada kata-kata palsu. 14Tinggalkan kejahatan dan lakukan kebaikan; cari dan burulah kedamaian. 15Kerana mata TUHAN tertuju kepada orang yang benar
dan telinga-Nya mendengar rayuan mereka; 16Tetapi wajah TUHAN menentang mereka yang berbuat jahat,
sehingga ingatan tentang mereka luput dari bumi. 17Orang yang benar berseru merayu, dan TUHAN mendengar;
lalu menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan mereka. 18TUHAN merapati orang yang patah hati
dan menyelamatkan orang yang menyesal. 19Orang yang benar banyak ditimpa penderitaan,
tetapi TUHAN menyelamatkannya daripada segala-galanya; 20CTUHAN menjaga setiap tulangnya,
satu pun tidak patah. 21Orang zalim akan dibunuh oleh kejahatan; dan mereka yang membenci orang benar akan dihukum. 22TUHAN menebus roh hamba-Nya;
tiada seorang pun yang berlindung kepada-Nya akan dihukum.