Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 30

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud. Nyanyian.

Untuk pentahbisan tempat beribadat. 1Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN,

kerana Engkau telah menyelamatkan aku

dan tidak membiarkan seteruku bergembira menumpaskan aku.

2Ya TUHAN, ya Allahku, aku telah berseru kepada-Mu lalu Engkau menyembuhkan aku.

3Ya TUHAN, Engkau telah membawa nyawaku keluar dari kubur;

Engkau telah melanjutkan usiaku supaya aku tidak masuk ke lubang maut.

4Nyanyikanlah puji-pujian kepada TUHAN, wahai umat-Nya yang warak;

dan bersyukurlah mengingati nama-Nya yang suci.

5Kerana kemurkaan-Nya cuma sebentar,

keredaan-Nya sepanjang kehidupan kekal;

tangisan mungkin berlangsung semalaman,

tetapi kegembiraan muncul sewaktu pagi.

6Ketika aku berjaya aku berkata,

"Aku tidak akan goyah."

7TUHAN, dengan keredaan-Mu,

Engkau mengukuhkan gunungku;

dahulu ketika Engkau menyembunyikan wajah-Mu, aku berasa bimbang.

8Aku telah berseru kepada-Mu, ya TUHAN;

dan kepada-Mu aku telah merayu:

9"Apakah gunanya jika darahku tertumpah,

dan aku masuk ke kubur?

Adakah debu akan memuji-Mu,

dan mengisytiharkan kesetiaan-Mu?

10Dengarlah, ya TUHAN, dan kasihanilah aku;

Ya TUHAN, tolonglah aku."

11Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi tarian riang;

Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan,

12supaya aku menyanyikan puji-pujian untuk-Mu sepanjang masa.

Ya TUHAN, ya Allahku, aku akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.