Alkitab Versi Borneo |
Mazmur Daud.
1TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun. 2ADia membuat aku berbaring di padang rumput yang hijau, Dia membimbingku ke tepian air tenang, 3Dia memulihkan jiwaku. Dia membimbingku ke jalan benar demi nama-Nya. 4Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku. 5Engkau menyediakan hidangan untukku di hadapan musuhku. Engkau mengurapi kepalaku; cawanku melimpah. 6Tentulah kebaikan dan kasih akan mengiringiku seumur hidupku,
dan aku akan tinggal di dalam rumah TUHAN selama-lamanya.