Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 2

A A A
Alkitab Versi Borneo
1AMengapakah bangsa-bangsa

berpakat dan kaum-kaum berkomplot dengan sia-sia?

2Raja-raja bumi ini menegakkan pendirian

dan para pemerintah bermuafakat

untuk melawan TUHAN

dan melawan Dia yang diurapi-Nya;

3Mereka berkata,

"Mari kita putuskan rantai pengikat mereka,

dan buangkan belenggu mereka."

4Dia yang bertakhta di

syurga tertawa;

TUHAN mencemuh mereka.

5Kemudian Dia menegur mereka dalam kemarahan-Nya

dan menakutkan mereka dalam kemurkaan-Nya, sambil berfirman,

6"Aku telah menabalkan Raja-Ku di atas Sion, bukit suci-Ku."

7BAku akan mengisytiharkan firman TUHAN:

Dia berkata kepadaku,

"Engkau Anak-Ku;

pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu.

8Mintalah daripada-Ku,

Aku akan menjadikan segala bangsa warisan-Mu,

dan setiap pelosok bumi milik-Mu.

9CEngkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi;

dan menghancurkan mereka seperti tembikar."

10Oleh itu, hai kamu raja-raja, bijaksanalah;

berhati-hatilah, kamu para pemerintah bumi.

11Layanlah TUHAN dengan rasa takut

dan bersukacitalah dengan gementar.

12Ciumlah Anak itu, jangan sampai Dia marah lalu kamu dibinasakan di jalan,

kerana kemurkaan-Nya mudah bermarak.

Diberkatilah semua orang yang bernaung kepada-Nya.