Alkitab Versi Borneo |
Doa Daud.
1Dengarlah rayuanku memohon keadilan, ya TUHAN;
dengarlah rintihanku.
Dengarlah doaku yang bukan daripada bibir dusta, 2Pertahankanlah kebenaranku dari hadirat-Mu;
semoga mata-Mu melihat apa yang benar. 3Engkau telah menguji hatiku dan menelitiku pada waktu malam, Engkau telah mendugaku dan tidak menemui kecelaan; aku telah berazam memelihara lidahku daripada dosa. 4Perihal perbuatan manusia – menurut kata-kata yang Engkau ucapkan aku taat akan perintah-Mu; aku menjauhi segala jalan orang yang ganas. 5Langkahku tetap di jalan-Mu; dan kakiku tidak tergelincir. 6Aku menyeru-Mu kerana Engkau akan mendengarku, ya Allah; dengarlah, dengarlah kata-kataku ini. 7Tunjukkan kasih-Mu yang agung, dengan tangan kanan-Mu yang menyelamatkan semua yang bernaung kepada-Mu daripada mereka yang cuba meruntuhkan. 8Peliharakanlah aku sebagai kesayangan-Mu; lindungi aku di bawah naungan-Mu 9daripada orang zalim yang menyerangku, daripada musuh pemusnah yang mengepungku. 10Mereka telah menutup hati daripada kebaikan, mereka menuturkan kata-kata angkuh. 11Sekarang mereka mengepungku pada setiap langkah, mereka merenung sambil menjongkok di bumi. 12Seperti singa yang ingin mengoyak-ngoyak mangsa, seperti singa muda mengendap di tempat rahsia. 13Bangkitlah, ya TUHAN, hadapi dan tumbangkan musuhku;
selamatkan nyawaku daripada orang zalim dengan pedang-Mu. 14Dengan tangan-Mu, selamatkan aku daripada manusia sebegitu, ya TUHAN,
daripada manusia duniawi yang mengumpul harta dalam hidup ini.
Kaukenyangkan perut mereka yang Kaupelihara;
anak-anak mereka cukup puas,
dan mereka meninggalkan pusaka kepada zuriat. 15Tetapi dalam perbenarani aku akan melihat wajah-Mu;
aku akan bahagia sepenuhnya apabila terjaga di hadirat-Mu.