Alkitab Versi Borneo |
1Pujilah TUHAN!
Nyanyikanlah kepada TUHAN lagu baru,
dan pujian untuk-Nya dalam perhimpunan orang warak. 2Biarlah Israel bergembira kerana Pencipta mereka; biarlah anak-anak Sion berbahagia kerana Raja mereka. 3Biarlah mereka memuji nama-Nya dengan tarian; biar mereka menyanyikan pujian kepada-Nya dengan tamborin dan kecapi. 4Kerana TUHAN berkenan akan umat-Nya;
Dia akan memahkotai mereka yang rendah hati dengan penyelamatan. 5Biarlah orang warak berbahagia dalam kemuliaan;
biarlah mereka menyanyi gembira di tempat tidur. 6Biarlah pujian tinggi bagi Allah di lidah mereka dan pedang bermata dua di tangan mereka, 7untuk membalas perbuatan bangsa-bangsa dan menghukum kaum-kaum, 8untuk mengikat raja-raja mereka dengan rantai, dan orang bangsawan mereka dengan belenggu besi, 9untuk menjalankan ke atas mereka penghakiman yang tersurat.
Kehormatan ini dimiliki seluruh umat-Nya yang warak.
Pujilah TUHAN!