Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 143

A A A
Alkitab Versi Borneo

Mazmur Daud. 1Dengarlah doaku, ya TUHAN,

dengarlah permohonanku;

jawablah dengan kesetiaan-Mu

dan dengan perbenaran-Mu.i

2AJanganlah jalankan penghakiman ke atas hamba-Mu,

kerana dalam pandangan-Mu tiada makhluk hidup yang benar.

3Kerana musuh telah menganiaya jiwaku,

dia telah menindasku ke tanah;

dia telah membuat aku tinggal dalam kegelapan

seperti orang yang sudah lama mati.

4Oleh itu, rohku tertekan di dalamku;

hatiku gundah di dalamku.

5Aku mengenang zaman silam;

aku merenungkan semua perbuatan-Mu,

aku memikirkan segala hasil kerja tangan-Mu.

6Aku menadahkan tanganku kepada-Mu;

jiwaku merindui-Mu seperti tanah yang dahaga.

7Jawablah segera, ya TUHAN; rohku layu.

Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku,

takut nanti aku menjadi seperti mereka yang masuk ke dalam jurang.

8Perdengarkanlah kasih setia-Mu kepadaku pada waktu pagi,

kerana kepada-Mu kusandarkan kepercayaanku.

Beritahulah aku jalan yang harus kuambil,

kerana aku mengangkatkan jiwaku kepada-Mu.

9Lepaskanlah aku, ya TUHAN, daripada musuhku,

kepada-Mu aku berlindung.

10Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu,

kerana Engkaulah Allahku;

Biarlah Roh baik-Mu

membimbing aku di alam ketulusan.

11Pulihkanlah aku, ya TUHAN, demi nama-Mu;

demi perbenaran-Mu, bawalah jiwaku keluar daripada kesusahan.

12Dengan kasih setia-Mu, tumbangkanlah musuhku;

dan musnahkanlah kesemua mereka yang menyakiti jiwaku, kerana aku hamba-Mu.