Alkitab Versi Borneo |
Mazmur Daud.
1Aku akan memuji-Mu dengan seluruh hatiku, ya TUHAN;
di hadapan "tuhan-tuhan" aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu. 2Aku akan menyembah ke arah Bait Suci-Mu dan memuji nama-Mu kerana kasih dan kesetiaan, kerana Engkau telah meninggikan firman-Mu dan nama-Mu di atas segala sesuatu. 3Pada hari aku berseru, Engkau telah menjawab aku; dan menjadikan aku berani dengan kekuatan dalam jiwaku. 4Semua raja di bumi akan memuji-Mu, ya TUHAN,
apabila mereka mendengar kata-kata daripada mulut-Mu. 5Ya, mereka akan menyanyi tentang cara-cara TUHAN,
kerana sungguh besar kemuliaan TUHAN. 6Meski TUHAN Maha Tinggi, namun Dia mengambil berat tentang orang yang dihinakan,
tetapi orang angkuh dikenal-Nya dari jauh. 7Meski aku berjalan di tengah-tengah kesusahan, Engkau akan memulihkan aku; Engkau akan menghulurkan tangan-Mu menentang kemarahan musuhku, dan tangan kanan-Mu akan menyelamatkan aku. 8TUHAN akan menyempurnakan hal ehwalku;
kasih-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya – janganlah tinggalkan hasil kerja tangan-Mu.