Alkitab Versi Borneo |
1ABersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik,
kasih-Nya kekal selama-lamanya. 2Bersyukurlah kepada Allah segala allah, kasih-Nya kekal selama-lamanya. 3Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 4kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 5Bkepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 6Ckepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 7Dkepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 8matahari untuk memerintah sewaktu siang, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 9bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 10Ekepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 11Fdan mengeluarkan kaum Israel daripada kalangan mereka, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 12dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur; kasih-Nya kekal selama-lamanya; 13Gkepada Dia yang membelah Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 14dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 15tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 16kepada Dia yang memandu umat-Nya merentas gurun,
kasih-Nya kekal selama-lamanya; 17kepada Dia yang menggulingkan raja-raja besar,
kasih-Nya kekal selama-lamanya; 18dan membunuh raja-raja yang masyhur, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 19HSihon raja orang Amori, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 20Idan Og raja Basan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 21dan memberikan tanah mereka sebagai warisan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 22warisan kepada hamba-Nya Israel, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 23kepada Dia yang ingat kepada kita sewaktu kita tertindas, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 24dan menyelamatkan kita daripada musuh kita, kasih-Nya kekal selama-lamanya; 25Dia memberikan makanan kepada semua makhluk, kasih-Nya kekal selama-lamanya. 26Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.