Alkitab Versi Borneo |
1Pujilah TUHAN!
Pujilah nama TUHAN;
pujilah Dia, hai kamu hamba-hamba TUHAN, 2kamu yang berdiri di Rumah TUHAN,
di balai-balai Rumah Allah kita. 3Pujilah TUHAN, kerana kebaikan-Nya;
nyanyikan pujian untuk nama-Nya, kerana sungguh menyenangkan. 4Kerana TUHAN telah memilih Yakub untuk diri-Nya,
Israel untuk kesayangan-Nya yang istimewa. 5Kerana aku tahu bahawa TUHAN Maha Besar,
dan Tuhan kita di atas semua tuhan. 6Apa sahaja yang TUHAN berkenan,
dilakukan-Nya, di syurga dan di bumi, di lautan dan di semua tempat yang dalam. 7Dia membuat wap naik dari semua pelosok bumi; Dia menghantar kilat bersama hujan; Dia mengeluarkan angin daripada perbendaharaan-Nya. 8Dia memusnahkan anak sulung Mesir, baik manusia mahupun binatang. 9Dia menghantar tanda dan keajaiban ke kalanganmu, hai Mesir, kepada Firaun dan semua hambanya. 10Dia mengalahkan banyak bangsa dan membunuh raja-raja perkasa – 11Sihon raja bangsa Amori, Og raja Basan dan semua kerajaan di Kanaan – 12lalu memberikan tanah mereka sebagai warisan pusaka, warisan pusaka kepada umat-Nya Israel. 13Nama-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya,
kemasyhuran-Mu, ya TUHAN, turun-temurun zaman-berzaman. 14Kerana TUHAN akan menghakimi umat-Nya
dan Dia akan berbelas kasih ke atas hamba-hamba-Nya. 15ABerhala bangsa-bangsa diperbuat daripada perak dan emas, hasil pertukangan tangan manusia. 16Ia ada mulut, tetapi tidak berkata-kata, ada mata tetapi tidak melihat; 17ia ada telinga, tetapi tidak mendengar, dan tiada nafas di mulutnya. 18Orang yang membuatnya serupalah dengannya, demikian juga setiap orang yang menyandarkan kepercayaan kepadanya. 19Pujilah TUHAN, hai keturunan kaum Israel;
Pujilah TUHAN, hai keturunan kaum Harun; 20Pujilah TUHAN, hai keturunan kaum Lewi;
kamu yang takut akan TUHAN, pujilah TUHAN. 21Pujilah TUHAN dari Sion,
yang tinggal di Yerusalem.
Pujilah TUHAN!