Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 132

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nyanyian ziarah. 1TUHAN, ingatlah akan Daud

dan segala deritanya.

2Betapa dia bersumpah kepada TUHAN

dan berjanji kepada Yang Maha Perkasa, Allah Yakub:

3"Sesungguhnya, aku tidak akan masuk ke bilik rumahku

atau baring di tempat tidurku yang selesa –

4Aku tidak akan membenarkan mataku lena,

atau kelopak mataku lelap,

5hingga aku dapat mencari tempat untuk TUHAN,

tempat kediaman untuk Yang Maha Perkasa, Allah Yakub."

6AKetahuilah, kami mendengar tentangnya di Efrata,

kami menjumpainya di padang di tengah-tengah Yaar:

7"Marilah kita masuk ke dalam khemah-Nya;

marilah kita menyembah-Nya di alas kaki-Nya –

8bangkitlah, ya TUHAN, ke tempat peristirahatan-Mu,

Engkau dan tabut kekuatan-Mu.

9Biarlah imam-imam-Mu berpakaian perbenaran;i

dan biarlah umat-Mu yang warak bersorak bahagia."

10Untuk kesejahteraan hamba-Mu Daud,

janganlah singkirkan wajah orang yang Kauurapi.

11BTUHAN telah bersumpah dengan benar kepada Daud,

TUHAN tidak akan mungkir: "Aku akan mendudukkan anak-anakmu di atas takhtamu –

12jika anak-anakmu memegang janji-Ku

dan peraturan-Ku yang akan Kuajarkan kepada mereka,

anak-anak mereka juga akan duduk di atas takhtamu selama-lamanya."

13Kerana TUHAN telah memilih Sion,

Dia telah menghendakinya sebagai tempat kediaman-Nya:

14"Inilah tempat peristirahatan-Ku untuk selama-lamanya;

di sini Aku akan tinggal, kerana Aku menghendakinya –

15Aku akan melimpahkan berkat ke atas sumber makanannya;

Aku akan mengenyangkan orang miskinnya dengan roti.

16Aku juga akan memakaikan imam-imamnya dengan penyelamatan,

dan orangnya yang salih akan bersorak bahagia.

17C"Di situ Aku akan membuat tanduk Daud bertumbuh;

Aku akan menyediakan lampu untuk dia yang Kuurapi.

18Musuhnya akan Kumalukan,

tetapi pada dirinya mahkota akan berkekalan."