Alkitab Versi Borneo |
Nyanyian ziarah Salomo.
1Melainkan TUHAN mendirikan rumah,
sia-sialah tenaga orang yang membinanya.
Melainkan TUHAN menjaga kota,
sia-sialah pengawal berjaga malam. 2Sia-sia sahaja kamu bangun awal pagi, berjaga sampai larut malam, bertungkus-lumus untuk mencari makanan – kerana demikianlah Dia memberikan tidur lena kepada orang yang dikasihi-Nya. 3Ketahuilah, anak-anak ialah warisan daripada TUHAN,
hasil daripada rahim adalah suatu ganjaran. 4Seperti anak-anak panah di tangan perwira, demikianlah anak-anak daripada usia muda seseorang. 5Diberkatilah orang yang banyak mempunyai anak-anak panah demikian. Mereka tidak akan malu tetapi akan berbicara dengan musuh mereka di pintu pagar.