Alkitab Versi Borneo |
Nyanyian ziarah.
1Dalam kesusahanku aku berseru kepada TUHAN,
dan Dia mendengar seruanku. 2Selamatkanlah jiwaku, ya TUHAN, daripada bibir berdusta
dan lidah yang menipu. 3Apakah yang akan diberikan kepadamu, atau apakah yang akan dilakukan kepadamu, hai kamu lidah yang palsu? 4Dia akan menghukummu dengan anak-anak panah tajam perwira, dengan kayu arar yang menyala. 5Betapa malangnya aku, kerana aku tinggal di Mesekh, di antara khemah Kedar! 6Jiwaku telah tinggal terlalu lama dengan orang yang membenci damai. 7Aku menyokong damai; tetapi apabila aku bersuara, mereka menyokong perang.