Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 116

A A A
Alkitab Versi Borneo
1Aku kasih akan TUHAN, kerana Dia telah mendengar suaraku;

dan permohonanku.

2Kerana Dia telah menundukkan telinga-Nya ke arahku,

maka aku akan menyeru-Nya seumur hidupku.

3Azab maut telah mengelilingiku,

dan seksa kubur telah mencengkamku; aku menanggung kesusahan dan kedukaan.

4Lalu aku menyeru nama TUHAN:

"Ya TUHAN, aku merayu kepada-Mu, selamatkanlah jiwaku!"

5TUHAN penuh kasih kurnia serta benar;

ya, Allah kita penuh belas kasih.

6TUHAN memelihara orang yang tulus;

ketika aku ditindas, Dia menyelamatkan aku.

7Bertenanglah kembali, wahai jiwaku,

kerana TUHAN baik kepadamu.

8Engkau telah melepaskan jiwaku daripada maut,

mataku daripada air mata, dan kakiku daripada tergelincir,

9aku akan melangkah di hadapan TUHAN

di alam orang yang hidup.

10AAku percaya; maka aku berkata,

"Aku ditimpa keazaban teruk."

11Dalam kedukaanku, aku berkata,

"Semua manusia pendusta."

12Apakah yang akan kupersembahkan kepada TUHAN

untuk segala kebaikan-Nya kepadaku?

13Aku akan mengangkat cawan penyelamatan

dan menyeru nama TUHAN.

14Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN

di hadapan seluruh umat-Nya.

15Sungguh tinggi nilainya di mata TUHAN

kematian orang warak-Nya.

16Ya TUHAN, sesungguhnya aku hamba-Mu;

aku hamba-Mu seperti ibuku dahulu; Engkau telah membukakan ikatanku.

17Aku akan mempersembahkan kepada-Mu korban kesyukuran

dan akan menyeru nama TUHAN.

18Aku akan menunaikan janjiku kepada TUHAN

di hadapan seluruh umat-Nya,

19di balai-balai rumah TUHAN –

di tengah-tengahmu, wahai Yerusalem.

Pujilah TUHAN!