Alkitab Versi Borneo |
1Bukan kepada kami, ya TUHAN, bukan kepada kami
tetapi kepada nama-Mu berilah kemuliaan, kerana kasih-Mu, kerana kesetiaan-Mu. 2Mengapa bangsa-bangsa harus berkata, "Di mana Allah mereka?" 3Namun Allah kami di syurga; Dia melakukan apa yang disukai-Nya. 4ABerhala mereka daripada perak dan emas, buatan tangan manusia. 5Berhala itu ada mulut tetapi tidak berkata-kata, ada mata, tetapi tidak melihat; 6ada telinga, tetapi tidak mendengar, ada hidung, tetapi tidak menghidu; 7ada tangan, tetapi tidak memegang, ada kaki, tetapi tidak berjalan; juga tidak bersuara dari kerongkongnya. 8Orang yang membuatnya serupalah dengannya, demikian juga semua yang percaya kepadanya. 9Hai kaum Israel, percayalah kepada TUHAN –
Dialah penolong dan perisai pelindungmu. 10Hai keturunan Harun, percayalah kepada TUHAN –
Dialah penolong dan perisai pelindungmu. 11Kamu yang takut akan TUHAN, percayalah kepada-Nya –
Dialah penolong dan perisai pelindungmu. 12TUHAN ingat kepada kita,
Dia akan memberkati kita:
Dia akan memberkati keturunan kaum Israel,
Dia akan memberkati keturunan kaum Harun, 13BDia akan memberkati semua yang takut akan TUHAN –
baik yang berkedudukan rendah atau tinggi. 14Semoga TUHAN memberimu semakin banyak keturunan,
kamu dan anak-anakmu. 15Semoga kamu diberkati oleh TUHAN,
yang menjadikan langit dan bumi. 16Langit, malah seluruh angkasa, ialah milik TUHAN,
tetapi bumi telah diberikan-Nya kepada anak-anak manusia. 17Orang mati tidak memuji TUHAN,
orang yang sudah turun ke alam sunyi; 18tetapi kita akan menyanjung TUHAN,
dari saat ini dan untuk selama-lamanya.
Pujilah TUHAN!